suria

Bapa ratah anak umur 16 tahun hingga hamil, ambil kesempatan ketika ahli keluarga tiada di rumah

Seorang bapa tidak sepatutnya menjadikan darah daging sendiri sebagai bahan pemuas nafsu. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa merogol dan menghamilkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

Menurut polis India, suspek yang berusia 51 tahun ditahan di Gadag, Karnataka pada Selasa.

Perkara itu terbongkar apabila mangsa dibawa ke hospital oleh ibunya selepas dia mengadu sakit kaki pada Isnin.

Selepas menjalankan imbasan dan ujian darah, doktor memaklumkan gadis itu sedang hamil 31 minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penebar roti canai rogol pelajar OKU atas sofa dapur

Apabila disoal ibunya, mangsa mendedahkan dia dirogol bapanya sejak setahun lalu setiap kali tiada sesiapa berada di rumah.

Suspek juga didakwa mengugut anak perempuannya supaya tidak mendedahkan perbuatan berkenaan.

“Berdasarkan aduan ibu mangsa, kami mendaftarkan kes rogol dan ugutan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual," kata seorang pegawai kanan polis.

Mangsa sedang diberikan khidmat kaunseling, dan langkah seterusnya akan ditentukan berdasarkan pemeriksaan kesihatan ke atasnya dalam masa terdekat. - Agensi.

Artikel Lain