TUJUH maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa jemaah umrah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas, pada Khamis.
Empat mangsa maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital.
Selain itu, dua lagi mangsa mengalami kecederaan parah.
Kejadian berlaku di Pantura Duduksampeyan, Kabupaten Gresik, Jawa Timur di Indonesia.
Pengarah Trafik Polis Wilayah Jawa Timur, Pesuruhjaya Kanan Komarudin berkata, kejadian bermula apabila kenderaan yang membawa rombongan umrah dari Tuban itu hilang kawalan dan terbabas.
"Ia kemudian merempuh sebuah bas yang dalam perjalanan dari arah bertentangan.
"Rombongan tersebut mengantar salah seorang ahli keluarga yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah," ujarnya.
Sementara itu, dua lagi mangsa dari bas berkenaan mengalami kecederaan iaitu pemandu dan konduktornya.
Kedua-dua mangsa berusia 46 dan 22 tahun mengalami patah tulang dan sedang dirawat di hospital. -Agensi