SEORANG lelaki cedera selepas dia dicekik dan disamun ketika sedang membuang air kecil di tepi jalan pada Rabu.
Mangsa yang dikenali sebagai Apisit, 26, berkata lehernya dijerut dengan wayar elektrik oleh individu tidak dikenali.
Ketika itu, dia sedang berdiri di tepi jalan untuk membuang air kecil sambil berborak dengan kekasihnya menggunakan telefon.
Menurut Apisit, dia pengsan di tempat kejadian selama lebih sejam akibat serangan berkenaan.
Apabila sedar, mangsa mendapati wang sebanyak 2,000 baht (RM260) serta barang-barang miliknya hilang.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga serik buat urus niaga COD, dakwa pelanggan lelaki menyamar jadi wanita niat nak samun
Dalam temu bual bersama Channel 7, Apisit berkata dia tidak menyedari sebarang kenderaan mengekorinya ketika memandu.
Dia mengesyaki penjenayah itu berkemungkinan penduduk tempatan atau individu yang menghisap dadah di kawasan berkenaan.
Kejadian itu berlaku di wilayah utara Chiang Rai, Thailand. - Agensi.