suria

Wanita sedang mandi di guest house menjerit nampak bayang-bayang, rupanya ramai jadi mangsa ‘skodeng’

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan tandas kerana dibimbangi menjadi mangsa 'kaki intai'. -Gambar hiasan

SEORANG pekerja di sebuah rumah penginapan (guest house) ditahan polis kerana didakwa merakam video seorang tetamu wanita sedang mandi.

Menurut polis, kejadian yang berlaku pada pukul 6 pagi Jumaat itu disedari oleh mangsa apabila ternampak bayang-bayang seseorang pada bahagian bumbung bilik mandi. 

"Mangsa panik, menjerit meminta tolong dan bergegas keluar dari bilik air," kata seorang pegawai polis. 

Tetamu lain yang menginap di rumah penginapan yang sama bergegas untuk memberikan bantuan sebaik sahaja terdengar jeritan mangsa.

Mereka berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada pihak polis. 

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah guest house di Ayodhya, India.

Setelah memeriksa telefon bimbit suspek, polis menemui beberapa video lain yang memaparkan tetamu wanita berbeza yang sedang mandi. 

"Ini adalah perkara yang sangat serius. Suspek telah ditahan sebaik maklumat diterima. Satu kes telah didaftarkan dan siasatan terperinci sedang dijalankan," kata pegawai polis berkenaan.

Tambahnya, polis juga sedang melakukan pemeriksaan rapi di rumah penginapan berkenaan. -Agensi

Artikel Lain