suria

Remaja perempuan dirogol, dibunuh ketika cari kayu api dalam hutan

Mangsa dikatakan keluar mengutip kayu api, namun tidak menemui jalan pulang. -Gambar hiasan

SEORANG bapa gagal mengawal emosi selepas dia menemukan mayat anaknya dalam keadaan tragis.

Mayat remaja perempuan itu ditemukan dalam keadaan pakaiannya terkoyak dan penuh dengan kecederaan.

Menurut polis, mangsa bukan sahaja dirogol, malah turut dicederakan oleh pelaku.

Mangsa diserang ketika dia mencari kayu api bersendirian di kawasan hutan pada Jumaat.

Bapanya mula melakukan pencarian selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tak bermaya dalam kelas, remaja 13 tahun akhirnya dedah jadi mangsa rogol… Polis tahan 8 individu bantu siasatan

Suspek berjaya dikesan oleh pihak polis di Kampung Khoken, dan dikenal pasti berasal dari Pherzawl, India.

Kes tragis itu turut menimbulkan kemarahan orang ramai memandangkan ia merupakan kes jenayah rogol dan bunuh ketiga di Churachandpur, timur laut India sejak beberapa minggu lalu.

Persatuan Ibu Zomi (ZMA) menggesa pihak berkuasa agar bertindak segera bagi mengekang kejadian sama berulang.

ZMA merupakan sebuah organisasi masyarakat sivil yang ditubuhkan oleh wanita daripada etnik Zomi, gabungan etnik dari beberapa bahagian timur laut India, Myanmar (Burma) dan Bangladesh. - Agensi

Artikel Lain