suria

Kawasan perumahan bergegar akibat letupan gas bocor, lelaki umur 50-an ditemukan maut

Penduduk dipindahkan ekoran letupan gas yang berlaku pada Sabtu. -Foto PA

SEORANG lelaki ditemukan maut selepas satu letupan kuat menggegarkan sebuah kawasan perumahan pada Sabtu malam.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada pasukan kecemasan.

Kejadian di Workshop, Nottinghamshire itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk apabila gegaran kuat dirasai di rumah-rumah berdekatan. 

Menurut polis, letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas itu menyebabkan beberapa buah rumah musnah.

“Kami menganggap ini sebagai insiden yang sangat serius.

"Keluarga mangsa sedang menerima sokongan sewajarnya,” kata Ketua Inspektor Clive Collings dari Polis Nottinghamshire.

Seramai 20 orang penduduk dipindahkan ke pusat komuniti berdekatan yang dijadikan tempat perlindungan sementara. 

Polis memaklumkan kediaman yang terlibat mengalami kerosakan besar dan jurutera struktur akan melakukan penilaian lanjut. 

Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi kawasan kejadian bagi memberi laluan kepada siasatan dan kerja-kerja keselamatan. - Agensi.

Artikel Lain