suria

Selalu tak bermaya dalam kelas, remaja 13 tahun akhirnya dedah jadi mangsa rogol… Polis tahan 8 individu bantu siasatan

Mangsa rogol akan mengalami trauma untuk jangka masa panjang -Foto hiasan

LAPAN individu didakwa terbabit dalam kes rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Kesemua suspek terdiri daripada empat pesalah juvana, seorang wanita dan suaminya, serta dua lelaki lain.

Penangkapan dilakukan berdasarkan aduan yang difailkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak selepas pihak sekolah  memaklumkan mengenai keadaan mangsa.

Semasa kaunseling, mangsa yang sering kelihatan lemah di dalam kelas akhirnya membuka mulut dan mendedahkan bahawa seorang wanita dari kawasan kejiranannya memaksa dia melakukan hubungan seksual dengan suaminya serta beberapa lelaki lain.

Sebagai balasan, dia ditawarkan wang selepas menuruti kemahuan mereka. 

Mangsa berkata, wanita tersebut sering memanggilnya untuk membantu kerja rumah.

Berdasarkan keterangan polis Ahad lalu, kejadian di Gyalshing, India itu dipercayai telah pun berlangsung selama beberapa bulan.

Mangsa kini berada dibawah jagaan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak bagi menerima khidmat kaunseling dan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Kes dilaporkan masih lagi berada dalam siasatan polis. -Agensi

Artikel Lain