PENULIS novel terkenal, Alexandra Fröhlich, ditemukan meninggal dunia.
Wanita berusia 58 tahun itu ditemukan tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di rumah bot miliknya di daerah Moorfleet, lapor sumber.
The Guardian melaporkan siasatan sudah dilancarkan susulan penemuan bukti menunjukkan Fröhlich diserang sebelum kematiannya.
Penyiar tempatan Jerman, NDR, memetik sumber polis turut mengesahkan Fröhlich mati akibat ditembak.
Mayatnya ditemukan oleh anak lelakinya pada pagi Selasa, menurut polis, yang percaya Fröhlich meninggal dunia antara tengah malam hingga 5.30 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Cekik pasangan sampai mati ketika seks, lelaki dipenjara 20 tahun
Fröhlich memulakan kerjayanya sebagai wartawan, bermula di Ukraine yang mana dia mengasaskan sebuah majalah wanita di Kyiv.
Dia kemudiannya bekerja sebagai wartawan bebas di Jerman untuk majalah wanita dan lain-lain, termasuk Stern, sebelum beralih kepada penulisan novel, lapor The Guardian.
Fröhlich dianggap sebagai salah seorang penulis Jerman paling berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dia terkenal dengan buku-buku yang menggabungkan humor dan isu serius seperti "People Always Die" dan "My Russian Mother-in-Law and Other Catastrophes".
Fröhlich meninggalkan tiga orang anak lelaki. - Agensi.