suria

Profesor cedera dipukul, niat baik tegur 3 lelaki disalah erti

Pelaku jenayah wajar menerima hukuman setimpal. -Gambar hiasan

SEORANG profesor cedera selepas dia diserang oleh tiga lelaki tidak dikenali.

Mangsa, Aravindo Gupta, diserang selepas dia menegur tiga lelaki itu agar tidak membuang sampah di atas jalan raya.

Teguran itu dibuat kerana dia bimbang botol kaca yang dibuang boleh mencederakan pengguna jalan raya.

Tidak berpuas hati dengan teguran itu, tiga lelaki berkenaan bertindak memukul mangsa di Bengaluru, India pada 21 April lalu.

Susulan serangan itu, tiga suspek ditahan ditahan oleh pihak berkuasa pada Sabtu bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek dikenal pasti sebagai Bhanu Prasad, 26, Sharath, 23, dan Amrit Kumar, 24.

Dalam pada itu, mangsa menyifatkan insiden tersebut sebagai cukup membimbangkan, memandangkan dia hanya mempersoalkan tingkah laku mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Beberapa tahun lalu, Bengaluru dikenali sebagai sebuah bandar yang selamat. Maka, kita tidak boleh bertolak ansur dengan sikap begini," ujarnya.

Untuk rekod, mangsa merupakan kakitangan di Kolej Dayananda Sagar. - Agensi.

Artikel Lain