suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Undangan jamuan rupanya helah... Pemandu teksi bunuh isteri, 6 ahli keluarga mentua gara-gara masalah rumah tangga

Perselisihan yang tidak ditangani dengan pertimbangan waras boleh mengundang berlakunya jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG pemandu teksi didakwa membunuh isterinya serta enam ahli keluarga wanita itu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, dalam kejadian pembunuhan kejam yang dipercayai berpunca daripada perselisihan rumah tangga.

Suspek yang dikenali sebagai Indushekhar dari Bengaluru dipercayai bertindak demikian akibat berang dengan isterinya, Sunitha, yang masih berhubung dengan keluarga.

Polis memaklumkan suspek mengaku membunuh tujuh individu iaitu isteri, ibu mentua, dua abang ipar serta isteri masing-masing.

Seorang lagi mangsa adalah anak saudara isterinya yang berusia tujuh tahun.

Menurut siasatan awal polis, suspek dipercayai membunuh isterinya terlebih dahulu sebelum menjemput dua abang iparnya bersama keluarga ke rumahnya untuk menghadiri jamuan.

Bagaimanapun, pertemuan itu dipercayai bertukar menjadi tragedi apabila suspek didakwa membunuh kesemua ahli keluarga berkenaan.

Polis mengesyaki suspek menggunakan batu pengisar untuk memukul kesemua mangsa sehingga maut sebelum membawa mayat mereka menggunakan kereta dan membuangnya di beberapa lokasi berasingan.

Malah, suspek turut dipercayai menggunakan bahan kimia bagi menghilangkan kesan darah serta memusnahkan bahan bukti.

Polis juga percaya motif pembunuhan berpunca daripada masalah rumah tangga, yang mana suspek dikatakan tidak berpuas hati apabila isterinya masih berhubungan dengan keluarganya.

Kes berkenaan terbongkar selepas satu laporan kehilangan individu dibuat di Balai Polis Srirampura.

Ketika disoal siasat, suspek didakwa memberikan kenyataan bercanggah sehingga mendorong polis menjalankan siasatan lebih lanjut dan membongkar kes pembunuhan berkenaan.

Dalam operasi pencarian selama empat jam di kawasan kaki bukit Nandi Hills, polis menemui mayat pertama iaitu mangsa yang berusia tujuh tahun, manakala enam lagi mayat masih belum dijumpai. -Agensi

Artikel Lain

Najib kembali ke Penjara Kajang