suria

Fama Tawar Tiga Juta Tongkol Jagung Sempena Maha 2016

PAMERAN Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2016 bakal menyaksikan jualan tiga juta tongkol jagung.

Ia merupakan tarikan yang dibawakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) sepanjang Maha 2016 yang berlangsung dari 1 hingga 11 Disember ini.

Bertempat di Maeps, Serdang, Selangor, jualan tiga juta jagung itu melibatkan pelbagai jenis jagung segar dan produk berasaskan jagung.

Ikuti liputan wartawan mStar Online ke Ladang Jagung di Kg Parit Seberang, Kuala Pilah di Negeri Sembilan mengenai persiapan Fama memeriahkan Maha 2016 dengan tarikan dan keunikan buat pengunjung.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan