KUALA LUMPUR: Dengan kewujudan teknologi, doktor kini tidak perlu melakukan pembedahan untuk melihat organ dalam tubuh pesakit. Kaedah pengimejan seperti X-ray dan ultra bunyi sudah biasa kita dengari, malah sudah ramai juga yang pernah melakukan dua ujian itu. X-ray kebiasaannya merupakan salah satu elemen dalam pemeriksaan kesihatan untuk mereka yang mahu melanjutkan pelajaran atau memulakan kerja. Begitu juga dengan ujian ultra bunyi yang sering dilakukan ke atas ibu-ibu mengandung. Bagi yang mempunyai penyakit, mereka juga mungkin pernah melalui ujian pengimejan yang lebih rumit seperti imbasan CT (computed tomography), imbasan PET (positron emission tomography) dan imbasan MRI (magnetic resonance imaging). Menurut perunding kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Ahmad Khairuddin Mohamed yusof, imbasan CT merupakan imej-imej X-ray yang diambil daripada sudut berlainan. "Dari situ, kami membina semula imej untuk melihat struktur anatomi dalam badan pesakit. "Imbasan PET pula merupakan kaedah untuk melihat fungsi organ dengan menghasilkan radioisotop pada badan pesakit. "Setelah radioisotope masuk ke dalam badan pesakit, ia akan mereput dan proses itu akan menghasilkan radiasi gamma. "Radiasi itu akan dikesan oleh pengesan khas, seterusnya menghasilkan dan membina semula imej menerusi beberapa algorithm kompleks. Dari situ kita dapat melihat fungsi organ secara keseluruhan," ujar Ahmad. Contohnya, radioisotope flourine-18 biasanya dicampur dengan glukos untuk membentuk fluorodeoxyglucose, pengesan biasa untuk imbasan PET. Sebagai salah satu bentuk glukos, fluorodeoxyglucose diambil oleh sel-sel menjadi sebahagian proses penghasilan tenaga, seterusnya membolehkan kepekatan dalam tisu dan organ disukat. Sel kanser misalnya, cenderung menggunakan lebih banyak glukos berbanding sel biasa, sekali gus menjadikan imbasan PET berkesan untuk mengenal pasti kewujudan tumor berbahaya. Terdapat juga mesin pengimbas PET-CT yang menggabungkan kedua-dua kaedah ini dalam satu peralatan. Ia tentunya dapat menjana imej yang lebih tepat dan lebih mendalam ke atas organ yang disasarkan. "Pengimbas yang canggih terbukti berupaya dalam pengimejan konvensional khususnya untuk ketepatan diagnostik, kecekapan dan penggunaan dos rendah. "IJN bukan sahaja menjadi rujukan untuk penyakit kardiovaskular, tetapi kes pembedahan thoracic melibatkan tumor dan kanser juga. "Malah, kami turut menawarkan servis imbasan PET-CT untuk penilaian diagnostik hospital lain," ujar pengurus Pusat Pengimejan IJN, Norizam Mois. Menurut Norizam, salah satu perbezaan antara dua pengimbas itu adalah, PET mendedahkan perubahan metabolic dalam tisu atau organ pada peringkat yang lebih awal iaitu peringkat selular. Tambahnya lagi, IJN juga komited untuk memperkasakan pusat pengimejan yang menawarkan dignostik yang lebih meluas dan menyeluruh seiring dengan keperluan perubatan. Menurut Norizam, IJN tidak terhad untuk rujukan kes-kes kardiovaskular sahaja. Kelebihan PET-CT "Kami banyak menguruskan pesakit yang mengalami sakit jantung, jadi PET-CT merupakan salah satu cara untuk menilai fungsi organ itu. "Biarpun kami ada Spect (single-photon emission computed tomography) yang juga boleh menilai fungsi jantung, PET-CT merupakan teknologi baharu," ujar Ahmad pula. Kebaikannya, ia mengurangkan pendedahan radiasi ke atas pesakit kerana dos radioisotop dalam PET-CT lebih rendah berbanding Spect. Kelebihan lain ialah ia berupaya mengukur coronary flow reserve iaitu peningkatan aliran darah maksimum menerusi urat darah koronari yang mengepam ke jantung, lebih tinggi dari volume biasa. Ini biasanya dijalankan ke atas pesakit yang disyaki mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus stenosis, satu atau lebih urat darah koronari untuk melihat jika ia memerlukan rawatan. "Dengan memperkenalkan nitrogen-13-ammonia atau rubidium-82-tracer, yang merupakan radioisotop khas untuk pengimbas PET-CT kepada pesakit, kami dapat menilai perjalanan darah koronari sewaktu rehat atau sewaktu tekanan. "Dengan dua informasi ini, kami dapat mengukur nisbah dan mengenalpasti coronary flow reserve untuk pesakit," ujarna. Sebelum ini, pesakit perlu menjalani koronari angriogram yang memerlukan tiub kateter dimasukkan ke dalam salur darah dari pangkal paha atau lengan terus ke jantung. Jika pakar kardiologi memutuskan terdapat 70 peratus kesempitan atau lebih berdasarkan angiogram, rawatan akan diteruskan. Namun, jika ia kurang 70 peratus, pesakit perlu menjalani satu lagi ujian iaitu ujian dopamine-stress untuk melihat sama ada terdapat gangguan signifikan dalam aliran koronari darah sewaktu tekanan. "Setelah adanya pengimbas PET-CT, kita boleh tanya pesakit untuk menjalani imbasan ini dan memutuskan sama ada mereka perlu menjalani Angioplasti Koroner Trasluminal Perkutan atau lebih dikenali 'balloning'," kata Ahmad lagi. Kebaikan ketiga ialah kita dapat menilai daya dan fungsi otot jantung. "Andaikan otot jantung itu lemah, dan kita mahu tahu ia berpunca daripada kekurangan bekalan darah, kerosakan atau otot jantung yang sudah mati. Dia menjelaskan, otot hati yang tidak mendapat bekalan darah secukupnya akan berubah mengikut aktiviti metabolic. "Daripada menggunakan lemak sebagai sumber tenaga, ia akan menggunakan glukos sebagai sumber tenaga. Namun, bekalan glukos sangat terhad, jadi kebolehan jantung untuk mengepam akan berkurang," tambahnya lagi. Dengan itu, apabila penjejak fluorodeoxyglucose diperkenalkan, ia secara terus dapat menyambung bekalan darah yang rendah ke hati dan dapat dilihat menerusi imej PET-CT. Jika otot sudah rosak atau mati, tidak akan ada perbezaan di dalam fluorodeoxyglucose. Ini membantu pakar kardiologi untuk memutuskan sama ada untuk merawat mana-mana salur koronari yang sempit atau tidak. Jika ya, masalahnya mestilah bekalan darah yang rendah dan jika tidak, otot jantung pastinya sudah mati atau rosak. Dr Ahmad sedang menerangkan funsgi mesin pengimbas PET-CT. Pengimbas CT yang ditambah baik IJN baru-baru ini menerima pengimbas PET-CT yang baharu. Sebagai tambahan, institut itu juga menambah baik pengimbas CT yang kini menghasilkan 512 slice, berbanding mesin lama, 64 slice. "Pengimbas CT tidak mendedahkan pesakit dengan radiasi yang tinggi. "Pengesan itu besar, kita dapat lihat imej jantung yang berkauliti tinggi tanpa perlu mendedahkan mereka dengan radiasi, tidak seperti mesin CT lama," ujar Ahmad. Disebabkan penjanaan imej yang cepat, pesakit hanya perlu menahan nafas selama satu atau dua saat berbanding mesin lama selama 12 saat. Pesakit juga tidak perlu mengambil beta-blocker drug untuk memperlahankan denyutan nadi kerana pengimbas ini boleh menangkap imej degupan jantung yang berkualiti tinggi. "Pengimbas CT ini juga berkeupayaan membuat pecahan flow reserve yang mana merupakan teknologi khas yang tidak wujud dalam pengimbas sebelum ini," katanya. Pecahan flow reserve merupakan aliran darah yang melalui segmen spesifik dalam salur koronari. Ia digunakan untuk memastikan sama ada kesempitan salur arteri menjadi punca gangguan aliran darah dan memberi gambaran sama ada ia perlu dirawat atau tidak. Tambahnya lagi, mesin yang sudah ditambah baik itu juga berfungsi seperti cardiac MRI yang mana ia boleh mengesan stress-indused ischaemia, i.e. kekurangan bekalan darah kepada jantung disebabkan tekanan fizikal. Ia melakukannya dengan mengambil gambar sewaktu pesakit direhatkan dan di bawah drug-induced stress. "Jadi, pada masa akan datang, kami boleh menawarkan pengimbas CT kepada pesakit yang tidak dapat menjalani cardiac MRI disebabkan claustrophobia iaitu ketakutan kepada pesekitaran sempit," ujar Ahmad. Jelasnya, badan pesakit akan ditutup sepenuhnya di dalam mesin MRI berbanding hanya separuh badan menggunakan pengimbas CT. Ujar Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, IJN komited untuk menawarkan rawatan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia. Teknologi Baharu "Kami sedang melabur dalam teknologi ini untuk memberikan pesakit pengimejan cardiac terbaharu yang mana ia memberi banyak informasi tanpa memerlukan mereka melalui kaedah menyakitkan. Tambahnya, pihak IJN juga melabur ke atas tenaga manusia seperti menghantar dua doktor dan empat juruteknik perubatan ke luar negara untuk dilatih dan diperakui kepakaran dalam membaca imej PET-CT dan mengendalikan mesin itu dengan cekap. Mesin pengimbas itu kini sudah tersedia di Malaysia dan difokuskan untuk oncology atau kanser. "Di sini kami bukan sahaja menyediakan imbasan atau pemeriksaan untuk pesakit oncologgy, tetapi juga berkepakaran dalam cardiac PET-CT yang mana kita satu-satunya yang menawarkan kaedah itu di Malaysia," ujar seorang konsultan bedah cardiothoracic kanan. Dua mesin baharu yang ditambah baik itu ditaja oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR). "Dengan sumbangan ini, kami dapat menawarkan harga untuk pengimejan yang akan menyaingi harga di tempat lain sekali gus memberi manfaat kepada pesakit," ujar Dr Azhari. Tambahnya, IJN juga menyelaraskan nilai maksimum RM3,000 untuk pemeriksaan oncology menerusi PET-CT berbanding RM4,000 di pusat perubatan swasta. Pengimejan cardiac PET-CT akan memakan kos sehingga RM3,000 kerana banyak radioisotop mahal yang perlu digunakan. IJN akan mengurangkan kos pengimejan CT dengan tambahan dua mesin baharu. Kini, mereka mempunyai tiga mesin CT yang boleh digunakan secara keseluruhan. "Ini merupakan sebahagian visi IJN, untuk menyediakan rawatan berkualiti tinggi yang mampu dibayar oleh golongan biasa di negara ini," katanya. Mesin baharu itu dijangka sedia untuk digunakan menjelang akhir tahun ini.