suria

Muslimah tampak #ChantikberGAYA dengan berbelanja di KWC Fashion Wholesale

Serlahkan gaya unik anda dengan pelbagai pilihan di KWC Fashion Wholesale.

SIAPA kata wanita Muslimah tak boleh bergaya? Kalau tengok trend sekarang ia semakin mendapat tempat seiring kesedaran tentang kepentingan menutup aurat dengan sempurna!

Kalau kita perhatikan, semakin ramai wanita berhijab bergaya sakan dan tidak mahu terlepas daripada mengikut trend fesyen terkini.

Walaupun berhijab penampilan harus juga dijaga agar lebih berkeyakinan sekaligus memberi impak positif buat seorang wanita Muslimah.

Butik Mari Beli menjual pelbagai busana yang sesuai ke majlis makan malam.

Bagi yang rasa fesyen Muslimah itu terhad kepada jubah, well anda silap! Sebaliknya pelbagai fesyen diperkenalkan bagi membolehkan you girls and ladies berfesyen mengikut trend, namun tidak bercanggah dengan nilai Islam itu sendiri.

Kita bakal memasuki tahun 2020 tak lama lagi, jadi apa kata perbaharui koleksi pakaian anda supaya lebih trendy sesuai dengan dekad baharu!

Ada alasan juga untuk anda berkunjung ke KWC Fashion Wholesale - mana taknya ketika ini sedang berlangsung kempen hujung tahun iaitu ChantikberGAYABersama KWC  dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang fesyen Muslimah.

Lebih 800 kedai terdapat di dalam bangunan lapan tingkat KWC Fashion Wholesale di ibu negara. Memang akan rambang mata untuk memilih pelbagai barangan yang dijual pada harga borong!

Hijab kalis air pun ada dijual di KWC Fashion Wholesale.

Kepada penggemar tudung... Jangan tak tahu, di sana juga ada menjual tudung kalis air yang cukup praktikal terutamanya bagi wanita yang sering melakukan aktiviti luar.

Memang pening nak pilih sebab terlalu banyak warna yang cantik-cantik tapi tak salah kalau nak borong semua!

Sempena kempen ChantikberGAYA ini, KWC mengeluarkan buku panduan iaitu Tona Warna Tahun Baru ‘Lookbook’ sebagai trend setter #ChantikberGAYA yang memberi panduan tentang gaya terkini untuk Muslimah namun masih patuh syariah.

KWC Fashion Wholesale yang menjual pelbagai pakaian Muslimah moden.

KWC Fashion Wholesale menawarkan pelbagai rangkaian fesyen Muslimah terkini termasuk pakaian moden dan tradisional, pakaian lelaki dan kanak-kanak, aksesori, kasut.

Selain itu terdapat juga barang kelengkapan untuk jemaah haji dan umrah, cenderahati serta pakaian sukan. Senang kata, semuanya ada di KWC Fashion Wholesale.

Paling penting semua produk di KWC Fashion Wholesale dijual pada harga borong yang tentunya menjimatkan wang anda!

Untuk ke KWC Fashion Wholesale yang terletak di Jalan Gelugor, Kuala Lumpur juga tidak sukar kerana terdapat pelbagai pengangkutan awam bagi memudahkan anda.

Pilihan aksesori daripada warna perak yang menjadi ikutan.

Jika menaiki LRT, anda boleh turun di stesen Hang Tuah atau Pudu. Dari situ anda hanya perlu berjalan selama lima minit sebelum sampai ke KWC Fashion Wholesale.

Sebelum ke sana, apa kata anda baca dahulu sembilan tip mengenai pemilihan gaya sesuai untuk tampil #ChantikberGAYA.Sebelum ke KWC Fashion Wholesale.

Untuk info lebih lanjut mengenai KWC Fashion Wholesale, boleh kunjungi laman web http://www.kenangacity.com.my atau Facebook dan Instagram KWCfashionwholesale.

Pelbagai padanan fesyen yang boleh dijadikan panduan.

1. Bertubuh kecil

Ada segelintir wanita bertubuh kecil takut untuk berfesyen kerana bimbang akan menampakkan tubuh mereka lebih pendek daripada biasa.

Tapi semua pandangan negatif itu dah boleh buang jauh-jauh kerana jika bijak memilih, tubuh genit you alls akan nampak lebih tinggi dan menawan!

Bagi yang berhijab tiada masalah kerana pakaian longgar sangat sesuai dengan orang bertubuh kecil dalam memberi silhouette lebih tinggi dan besar kepada si pemakai.

Apa kata you alls cuba gayakan over-size pants atau skirt labuh dengan blaus tuck in ke dalam... memang style habis!

Pelbagai aksesori boleh dipadankan dengan gaya anda bersempena 2020.

Seluar high-waisted dengan garis menegak juga cukup sesuai dengan anda bagi mencipta ilusi kaki panjang dan jenjang! Padankan juga dengan cardigan panjang, pasti ada jejaka menoleh dua kali melihat anda dari jauh.

Tak payah bimbang, di KWC Fashion Wholesale terdapat pelbagai butik yang menawarkan pilihan sesuai seperti di TC Vogue Lot G-93A.

2. Tinggi lampai

Orang kata orang bertubuh tinggi ini pakailah apa pun pasti nampak cantik! Tapi sebenarnya ada beberapa tip boleh diambil kira bagi mengelakkan anda kelihatan seperti tiang lampu bergerak! Opss!

Elakkan penggunaan corak menegak sebaliknya pilih melintang atau berbunga supaya dapat memberi gambaran anda lebih berisi.

Pemilihan rona yang tepat dapat menyerlahkan gaya anda.

Paling beruntung, anda sesuai menggayakan pelbagai jenis fesyen termasuklah jubah, kurung moden atau pun sekadar jean dan blaus.

Kalau berkunjung ke KWC Fashion Wholesale jom singgah ke Fesyen Memori Lot G-25/3A-48 okay?

3. Hitam bukan sahaja untuk wanita berisi

Siapa kata wanita bertubuh montel tak boleh bergaya? Salah pandangan tu... Jika kena dengan gayanya anda boleh tampil menawan macam wanita lain!

Di KWC Fashion Wholesale sendiri terdapat pelbagai pilihan bagi meraikan wanita bersaiz besar dan bukannya sekadar jubah longgar berwarna hitam!

Jika bijak membuat padanan anda pasti kelihatan menawan!

Paling penting anda kena tahu ukuran badan sendiri dan cuba berani bermain dengan warna dan bukannya memilih hitam semata-mata! Pemilihan baju stripes menegak atau kosong boleh mencerminkan tubuh lebih langsing.

Tapi cuba elakkan memilih saiz yang lebih besar daripada anda… Untuk menambahkan keseronokan, cuba bermain dengan aksesori pada gaya anda seperti rantai, belt dan kasut yang sesuai.

Jangan gusar, apa kata atur langkah ke KWC Fashion Wholesale bagi menyelesaikan masalah anda. Cuba tinjau pelbagai tawaran di Peace Fashion Wholesale Lot 1-11, Blooming Boutique Lot 2-13A, View Butik Lot 2-96 kerana di sini terdapat pelbagai pilihan yang memang akan buatkan anda rambang mata!

Siapa kata wanita bertubuh gempal hanya perlu memakai warna hitam? 

4. Bergaya dengan Outerwear

Outerwear semakin menjadi pilihan wanita Muslimah memandangkan ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis gaya selain dapat menutup badan daripada terdedah.

Pilihan juga semakin banyak untuk you alls semua dan bukan sekadar kardigan termasuklah blazer, kimono top serta sweater.

Tapi ladies, jangan main sarung saja, sebaik-baiknya pilihlah fabrik yang bersesuaian almaklumlah Malaysia ni cuacanya panas!

Jangan malu, jangan segan bertanya kepada jurujual mengenai fesyen outerwear terbaharu jika berkunjung ke Mis Qui Lot 2-33A di KWC Fashion wholesale.

Bagi yang sukakan warna terang, ini sesuai untuk anda.

5. Pemilihan rona kena betul!

Bagi yang bertudung pemilihan rona perlu diambil perhatian! Jangan lupa sedondon dari tudung sampai ke kasut. No no no!

Sebaik-baiknya jika memakai jubah hitam polos, pilihlah hijab dari warna lain bagi menaikkan seri pakaian anda... Barulah style!

Sebagai wanita Muslimah juga kerana berani memilih warna-warna lebih garang tetapi masih menampakkan sisi feminin anda seperti hijau muda, ungu, jingga, merah jambu dan sebagainya.

Laluna menjual pelbagai aksesori. 

6. Busana Longgar

Dalam sibuk nak berfesyen, sebagai wanita Muslimah pasti anda menitikberatkan soal kesopanan terutama dalam pemilihan pakaian agar tidak terkeluar daripada landasan syariah.

Tapi sekarang tak perlu bimbang kerana terdapat macam-macam koleksi Muslimah tetapi masih stylish untuk diperagakan.

7. Aksesori Terkini/ChantikberGAYA

Aksesori sudah menjadi perkara wajib ketika berfesyen dan you alls pastinya tahu ia bukan sahaja tentang beg tangan berjenama yang anda sandang!

Tampil bergaya dengan pelbagai aksesori bersempena kedatangan 2020.

Bagi memberi impak fesyen ChantikberGAYA, wanita Muslimah juga boleh menggayakan pelbagai aksesori seperti rantai panjang bagi yang bertudung selain mengenakan tali pinggang serta jam tangan.

Aksesori adalah penentu fesyen dan stail anda... Pemilihan pakaian yang simple pasti akan kelihatan sangat elegan.

Sebab itu di KWC Fashion Wholesale terdapat pelbagai kedai menjual aksesori. Tak percaya kunjungi Closet Uneed Lot 31-80/82, Honey-B Lot 6-06 dan Laluna Lot 1-23A.

Pelbagai koleksi tudung di Tasyanabilah.

8. Kenali bentuk wajah sebelum pilih tudung

Fesyen Muslimah tidak lengkap tanpa hijab dan kini terdapat pelbagai jenis tudung untuk anda pilih dengan menampilkan macam-macam gaya! Ada tudung pendek, panjang, empat segi, jenis segera, berbatu, beropol... Macam-macamlah.

Tetapi ingat, bukan semua tudung sesuai dengan anda, silap-silap ia akan membuatkan penampilan you alls serba tak kena nanti!

Jadi, sebelum memilih tudung, pastikan bukan tumpu kerana ia cantik dan menutup aurat, tetapi anda perlu tahu dahulu jenis tudung yang sesuai dengan wajah anda!

Selain itu, rajin-rajinlah bereksperimen teknik lipatan atau pusingan bagi mencari gaya sesuai dengan anda.

Antara gaya tudung yang boleh dijadikan inspirasi. 

Wahai ladies and girls, kalau buntu sangat, terus sahaja ke butik Aweenda Lot 1-62 dan Saimah Lot G-31 di KWC Fashion Wholesale untuk memilih pelbagai jenis tudung.

9. Harga bukan penentu kesesuaian beg tangan

Beg tangan bagaikan tidak boleh dipisahkan dengan wanita. Kalau diselongkar pelbagai harta karun boleh jumpa!

Tapi dalam memilih beg tangan pun ada caranya termasuklah memikirkan kesesuaian majlis, warna, bentuk badan anda, harga, kualiti serta rekaannya.

Beg tangan pelengkap gaya anda!

Beg tangan mahal tak semestinya ia bagus atau sesuai untuk keperluan anda, jadi kena betul-betul teliti membeli agar ia boleh dipakai lama.

Sekarang pun tak susah, sudah banyak jenama tempatan yang menjual pelbagai rekaan untuk anda pilih temasuklah di Laluna Lot 1-23A, Ayume Shoppe Lot 6-67 dan T-Fashion Lot 6-41. Jangan sampai tak keluar sudah!

Wah! Dah dapat macam-macam tip ni pastikan KWC Fashion Wholesale dalam senarai lokasi yang nak dikunjungi nanti. Ingat ye, kalau nak tampil cantik bergaya sempena 2020, jangan tunggu lama-lama kerana di KWC Fashion Wholesale anda pasti temui apa yang dicari-cari selama ini.

Artikel Lain