PERKEMBANGAN semasa turut mengubah gaya pemakaian tudung, wanita muslimah hari ini. Tidak lagi terikat kepada gaya hijab konvensional semata-mata, wanita masa kini lebih gemar dan selesa mengenakan selendang. Tidak salah untuk bergaya mengikut trend semasa apa yang lebih utama ia mengikut syariat Islam. Penggunaan kain selendang yang diperbuat daripada sifon dan satin lebih mudah untuk digayakan sekaligus menyerlahkan kecantikan si pemakai. Sempena Hari Hijab Sedunia yang disambut pada 1 Februari, mStar Online menampilkan beberapa gaya pemakaian tudung yang sesuai untuk digayakan ke majlis formal, majlis keraian mahupun kasual khusus mengikut gaya terkini tahun ini. Ikuti tutorial gaya pemakaian tudung bersama jurudandan tudung profesional, Shayma Feisal Abrar. Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai selendang dan produk yang digayakan oleh model berkenaan, anda boleh melayari laman web souq.mstar.com.my atau http://instagram.com/vervecommerce