suria

Rekaan Memukau Ryan Ryanis

RYAN RYANIS bukanlah satu nama besar dikalangan butik perkahwinan yang mudah untuk pembaca dari seluruh negara kenali.

Namun begitu, Ryan Ryanis juga tidak kerdil dalam bidang tersebut untuk pembaca terlepas pandang apabila melihat keistimewaan rekaan fesyen pengantin, solekan dan hiasan pelamin.

Muhamad Rohayan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ryan (gambar) berusia awal 40-an merupakan bekas pegawai sebuah intitusi kewangan ternama di ibu negara.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kerja 'makan gaji' demi memberikan tumpuan sepenuh masa kepada minatnya dalam bidang fesyen, persolekan dan hiasan pelamin.

Setelah melepaskan jawatan yang disandang, Ryan memulakan perniagaan dirumahnya di Kampung Benggali, Butterworth seorang diri dengan menyediakan pelamin dan solekan yang tidak seberapa malah pakaian pengantin terpaksa disewa dari butik berdekatan apabila mendapat tempahan.

Atas minat dan kesungguhan Ryan mencari pelanggan bermula daripada dikalangan kenalan dan menawarkan harga minima, akhirnya perniagaan tanpa butik pengantin itu mula menunjukkan pulangan.

Kesungguhan Ryan itu kemudian disusuli dengan pembukaan sebuah butik menggunakan wang simpanan dan memberikan lebih tumpuan kepada rekaan fesyen baju pengantin yang ditempah pelanggan serta hiasan pelamin dalam pelbagai konsep.

Penulis turut terpegun melihat kejayaan jejaka bujang ini yang berani mengambil risiko dengan meletak jawatan demi mengejar impian menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik pengantin yang berjaya.

Kini Ryan Ryanis mempunyai sepuluh model dan tiga jurugambar amatur untuk terus memperkembangkan sayap perniagaan tersebut selain mencabar butik-butik lain.

"Saya menimba pengalaman dalam bidang rekaan fesyen dan hiasan pelamin serta solekan dari majalah-majalah serta ilham saya sendiri”, kata Ryan memulakan cerita.

Rekaan pakaian pengantin Ryan Ryanis dimulakan oleh Ryan pada  Jun 2012.



Menurut Ryan proses membuat lakaran yang ditempah hanya mengambil masa sehari sahaja mengikut pesanan atau imaginasi pelanggan tetapi proses menjahit menelan sehingga selama seminggu ke dua minggu.

"Jika pelanggan mahukan manik atau labuci dijahit bersama, ianya mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan produk yang benar benar berkualiti”, ujar Ryan lagi.

Setelah mengamati dan meneliti  hasil rekaan Ryan Ryanis, penulis dapati rekaan itu setanding ilham pereka fesyen professional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang fesyen.

Selain rekaan pakaian yang cantik, hiasan pelamin yang disesuaikan dengan konsep dan lokasi majlis cukup membuat orang ramai terperpesona.

Ingin penulis tegaskan di sini bahawa tiada niat untuk memberi mempromosi kepada Ryan Ryanis jika tiada rekaan yang istimewa dan tidak menarik perhatian.

Tetapi pertemuan di antara penulis dengan Ryan berlaku secara kebetulan di sebuah restoran terkenal untuk makan malam dan secara tidak sengaja juga pada malam itu Ryan Ryanis membuat pertunjukan fesyen rekaan beliau yang diperagakan oleh 10 modelnya telah menarik perhatian.

Pembaca sedia maklum bahawa ke mana saja penulis yang dikenali di ruangan Jamu Selera mStar Online sebagai  'Abang Fen' pergi, mesti dengan kamera dan buku nota. Bila ada sesuatu yang unik, menarik dan boleh dikongsikan maka peluang itu tidak akan disia-siakan.

Sebagai pengusaha butik pengantin dan pereka fesyen sepenuh masa adakalanya Ryan berdepan dengan pelanggan yang  benar-benar mahu mendapatkan khidmat Ryan Ryanis tetapi tidak mampu untuk berbelanja mewah ataupun sederhana.

Dua jenis pelamin berbeza dan santai untuk pilihan 'raja sehari'.

"Saya bukan daripada keluarga yang berada, jadi saya faham situasi begini. Saya akan usahakan juga untuk memberikan khidmat semampu yang mungkin kepada pelanggan walaupun keuntungannya tidak seberapa”, tambah Ryan dengan nada lembut dan jujur.

Selain rekaan fesyen, pelamin dan solekan, Ryan Ryanis juga menawarkan pengiring pengantin dan kelengkapan lain yang diperlukan pelanggan atau pun lebih senang disebut “Pengantin Baharu”.

Oleh itu ingin penulis sarankan pada pembaca yang bakal menjejak kaki ke jinjang pelamin untuk mendapatkan pakej istimewa pakaian dan fesyen moden ataupun tradisional rekaan Ryan Ryanis kerana hasil rekaannya melambangkan personaliti pemakainya.

Malahan rekaan Ryan Ryanis mudah disesuaikan dengan si pemakainya termasuk corak, potongan serta warna yang disesuaikan agar pengantin akan lebih menonjol dengan keayuan ataupun ketampanan.

Sebab itulah penulis katakan bahawa hasil rekaan  Ryan Ryanis bukanlah bertaraf amatur lagi tetapi professional, walaupun pengalamanya masih 'setahun jagung' tetapi usaha, disiplin serta kesungguhan yang tinggi mampu menjadikan rekaan itu lebih dinamik untuk pelanggan.

Bagi yang tidak mempunyai 'bajet besar', anda boleh menyewa pakaian pengantin rekaan Ryan Ryanis dengan pakej yang ditawarkan termasuk perkhidmatan jurugambar professional.

Butik Ryan Ryanis boleh dikunjungi di no 3, Taman Selayang, Sungai Puyu, 13020 Butterworh, atau terus berhubung dengan Ryan ditalian 012-5940244.

Ryan Ryanis, Fesyen, Butik Pengantin

Artikel Sebelum

Artikel Lain