Istimewanya pertunjukkan tersebut menampilkan rangkaian rekaan serta koleksi terbaharu butik berkenaan untuk 2015.
Bukan itu sahaja, Galeri Ariani turut tampil memperkenalkan produk keluaran terbaharu mereka, Ariani Ready-To-Wear.
Mengetengahkan konsep 'Modesty Ubran', koleksi pakaian Ready-To-Wear ini terdiri daripada Full Printed Blouse yang didatangkan dengan pelbagai motif seperti floral, abstrak serta baroque.
Koleksi ini sememangnya menarik kerana boleh disuai padan dengan Emboidery blouse, Tweed dan Jacquard Jacket serta jubah yang boleh dipakai bersama
Palazzo Pants serta Flaire Skirt.
Kesemua koleksi Ready-To Wear ini berkonsepkan sophisticated modest year dan didatangkan dengan pelbagai variasi warna serta pilihan fabrik.
Menurut Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Farah Haryani Muhammad Philip, biarpun kualiti dan fabrik pakaian ready-to-wear diimport daripada luar negara, namun Jakel masih lagi mementingkan harga yang mampu milik kepada pelanggannya.
Mengulas lanjut, Farah Haryani berkata, bagi mereka yang mempunyai bentuk badan yang besar juga usah bimbang kerana Ariani ready-to-wear menyediakan saiz pakaian sehingga XL yang boleh dipakai oleh mereka yang bertubuh gempal.
Untuk peminat tudung dan selendang mereka pasti akan terpesona dengan konsep modern elegance yang sudah pun berada di pasaran ketika ini.
Harga yang ditawarkan untuk selendang juga mampu milik serendah RM39 dan ke atas.
Ariani turut mengadakan jualan besar-besaran sempena pelancaran pembukaan galerinya selama 10 hari bermula 27 Mac lalu.
Pada majlis tersebut, Ariani turut mengumumkan pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd dan pelakon Bella Dally, dipilih sebagai Duta Ariani untuk tahun 2015.