INGIN tampil anggun bak puteri dengan rekaan hijab yang lebih praktikal tapi pada masa sama menyerlahkan sisi glamor si pemakainya, Prinsipessa adalah pilihan yang tepat.
Sesuai dengan namanya yang diadaptasi daripada perkataan Itali yang bermaksud Puteri, Prinsipessa mementingkan rekaan yang mampu memberi refleksi kepada si pemakai.
Bukan sahaja menawarkan lilitan mahkota yang seiring perkembangan fesyen hijab, aura si pemakai dapat ditonjolkan menerusi perincian, tekstur dan rona hijab yang digayakan.
Malah, setiap rekaan hijabnya dihasilkan menggunakan fabrik bermutu tinggi seperti dull satin, georgette, valentro, kapas dan satin untuk keselesaan si pemakai.
Istimewanya, selendang dan tudung dari jenama ini diberi sentuhan renda yang disulami jahitan manik dan labuci agar ia tampak eksklusif.
Perincian renda pada hujung selendang memberi transformasi yang lebih feminin dan manis kepada si pemakai.
Untuk menyerlahkan lagi rekaan kreatif ini, koleksi Prinsipessa menggunakan rona warna yang terang dan pastel.
Penggunaan rona warna tersebut turut memudahkan si pemakai untuk memadankan tudung mahupun selendang dari koleksi ini dengan persalinan mengikut fesyen terkini.
"Ini bagi memastikan ia nampak relevan dengan dunia fesyen semasa dan membuatkan si pemakai berasa lebih yakin dan menawan.
"Setiap selendang dihasilkan sepanjang 50 sentimeter (cm) yang mampu melitupi kepala dan dada si pemakai," katanya.
Jelas beliau, koleksi selendang Prinsipessa juga dilabelkan sempena nama bunga seperti selendang polos mawar, selendang sengkuap anggerik dan renda seroja.
Harga setiap koleksi juga mampu dimiliki pada harga serendah RM68.
Setiap pembelian di Prinsipessa didatangkan dengan kotak eksklusif yang boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderamata.
Seiring dengan aliran teknologi pada hari ini, Prinsipessa turut memasarkan koleksinya secara dalam talian kerana ia mudah dicapai dengan hanya di hujung jari.
Noor Yasmin berkata, butik online ini memaparkan kesemua rekaan Prinsipessa yang pastinya membuatkan pelanggan berasa rambang mata seketika.
"Ia lebih mudah dan dekat dengan hati pelanggan yang gemar membeli secara dalam talian. Pelanggan boleh melihat semua rekaan kami menerusi telefon pintar mereka," katanya.
Bagi mereka yang ingin melihat rekaan terkini Prinsipessa, sila layari www.prinsipessa.com atau klik Instagram (IG) TudungPrinsipessa atau Facebook (FB) Tudung Prinsipessa.
Pembelian dan tempahan juga boleh dilakukan dengan menghubungi talian 03-55180443 atau WhatsApp 019-3719874.