suria

Shinju Pearl Tampil Gaya Anggun Eksklusif

MUTIARA indah menawan sering menjadi pilihan wanita yang mementingkan keanggunan. Tidak jemu dipandang apatah lagi jika membariskan rekaan kontemporari, selain menitikberatkan kualiti.

Begitu yang boleh diperkatakan mengenai himpunan indah mutiara Shinju Pearl. 

Jika suatu ketika dahulu, mutiara digemari masyarakat Barat tetapi kini ia mengisi ruang hati wanita tempatan, khususnya wanita Melayu. 

Menurut Pengasas Shinju Pearl, Christina Toh, kira-kira 60 peratus daripada pelanggannya adalah wanita Melayu.

“Mutiara menjadi pilihan ramai wanita sekarang ini kerana menampilkan rekaan menarik dan sesuai digayakan pada bila-bila masa. Ia juga diminati wanita muda atau remaja,” katanya selepas sidang media pada majlis perasmian pembukaan cawangan ke-10 Shinju Pearl di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama pada majis itu ialah Pengarah Shinju Pearl, Ken Wan dan Ketua Pengarah Operasi, Diana Toh. Pembukaan cawangan terbaru itu juga adalah bersempena sambutan aniversari ke-10 Shinju Pearl. 

Cawangan baru itu, yang terletak di Lot F-084, Paras Satu, Mid Valley Megamall menampilkan kelainan berbanding cawangan lain kerana menggandingkan himpunan mutiara ‘fresh water’, South Sea, Akoya dan terbaru, Kazumi. 

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan barangan kemas buatan tangan yang digandingkan dengan batu permata, jed, perak dan emas di cawangan Mid Valley Megamall.

Menurut Wan, Kazumi adalah mutiara koleksi 2016 yang ditampilkan oleh Shinju Pearl dan ia tentu sekali dapat menarik perhatian ramai wanita kerana berbentuk bulat dan ‘baroque’, berkilau, agak kesat serta bertekstur unik.

Sementara itu, menurut Diana pula, bagi memelihara keindahan mutiara, permata itu perlu disimpan di dalam bekas atau alas baldu dan setiap dua minggu perlu didedahkan iaitu dengan memakainya.

Bagaimanapun, katanya, jangan sekali-kali menyembut wangian pada mutiara kerana ia boleh menjejaskan keindahannya.

Shinju Pearl menampilkan himpunan mutiara yang sesuai digayakan untuk majlis kasual dan rasmi dengan harga berpatutan serta mampu dimiliki. Ia juga boleh ditemui di Pavilion, Bangsar Village, Gateway@KLIA2, Great Eastern Mall, Bangsar Shopping Centre, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Isetan KLCC dan Isetan The Gardens.

Shinju Pearl, Christina Toh, Ken Wan

Artikel Lain