suria

MENGENALI Tanda-tanda Cinta Kan Berubah...

Assalamualaikum, Lin kembali berkongsi bicara tentang dunia cinta. Kata orang cinta itu ibarat satu taruhan dan takdir jua lah yang menentukan.

Walau apapun, jalan ceritanya, kita harus sentiasa bersedia menerima ketentuan sesungguhnya tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan dan cinta tak semesti berakhir dengan kemanisan kerana ada juga antara kita yang terpaksa berdepan dengan kehampaan akibat cinta kecundang di tengah jalan.

Antara punca ini terjadi adalah kian pudarnya perasaan cinta di hati pasangan, hubungan mendapat tentangan dari pihak keluarga dan sebagainya. Jadi, kali ini Lin ingin berkongsi pengalaman dan berbicara tentang tanda-tanda yang memungkinkan cinta kita bakal berakhir.

Pertama, sikapnya mula berubah. Dia tak lagi kerap menghubungi anda seperti selalu, kerap mengelak untuk bertemu malah dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya. Dia tak lagi bermanja dengan anda malahan bertindak di luar jangkaan anda. Selain itu, segala penampilan dan kepribadian anda sekarang tak lagi menjadi kesukaannya malah ada saja kritikan negatif diberikan atau dia lebih suka mendiamkan diri.

Si dia juga tidak lagi mengingati tarikh istimewa dalam perhubungan antaranya hari lahir anda mahupun ulangtahun perkenalan kalian bukan saja pemberian dalam bentuk hadiah malah ucapan. Si dia juga tidak lagi menghiraukan anda dengan berkongsi setiap perkara baru yang terjadi dalam hidupnya. Misalnya, dia berpindah ke rumah baru, tempat kerja baru, no telefon baru dan sebagainya. Semuanya dirahsiakan.

Kalau selalunya, gambar anda ada menghiasi dada dompetnya tapi sekarang tidak lagi. Dan jika kesemua tanda-tanda ini kelihatan dengan jelas pada pasangan anda, maka bersedialah untuk menanti pengakuan dan lafaz kata perpisahan dari si dia.

Tapi ingatlah. Dunia ini penuh dengan pancaroba. Dunia ini penuh dengan segala kejutan dan ketidakpastian. Segalanya berkemungkinan....

Ok, jangan lupa bersama Lin untuk kita bersama mendekati dunia cinta. Jumpa lagi… Terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali-kali kita lupa dari mana asal usul kita…

Dengarkan Rancangan SURIA CINTA, yang ke udara setiap Ahad ( 8 mlm – 12 mlm ) dan Isnin – Jumaat ( 11 mlm – 2 pagi) di Suria Fm (105.3 di Lembah Kelang), (105.9 di Sabah) (96.0 di Ipoh) dan (96.1 di Kuantan), (88.5 di Melaka dan Utara Johor), (101.4 di Johor Bahru), (91.7 di Taiping), (106.9 di Perlis, Kedah & Penang) (107.0 di Seremban), (106.1 di Kota Bharu) dan (102.4 di Kuala Terengganu) .

Ke udara setiap Ahad mulai jam 8.00 malam hingga 12.00 malam. Kirimkan penyertaan anda kepada Lin ke alamat; Penerbit Suria Cinta, SuriaFM, Tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1 Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. Anda juga boleh fakskan ke 03-40439125. Sebarang penyertaan dan komen, emailkan ke [email protected] , wassalam.

Artikel Lain