suria

Jangan Biarkan ‘Rasa Selesa’ Menghancuri Cinta Anda...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lin kembali berkongsi cerita tentang cinta…kali ini Lin ingin mengajak anda untuk merenung seketika betapa perlunya kita terus membaja rasa cinta.

Sesetengah daripada kita cukup selesa apabila perhubungan yang dijalinkan mampu menciptakan jalinan cinta…dari sekadar kenalan ..segalanya bertukar kepada suatu bentuk perhubungan yang lebih yakin dan serius berbanding sebelumnya sama ada dari segi tafsiran pemikiran sehinggalah kepada cara kita menjaga perhubungan.

Akibat berasa terlalu selesa dan yakin yang sidia dah pun menyayangi dan akan menjadi milik kita maka ada antara kita yang terleka dengan mula mengabaikan perkara yang dianggap remeh dan enteng seperti menjaga hati dan perasaan pasangan.

Bagi kita, sidia dahpun menjadi milik kita jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi…tetapi sebenarnya kealpaan kepada persepsi sebegitulah yang membuka ruang untuk perhubungan menjadi renggang tanpa kita sedari kerana tak semua daripada kita suka meluahkan rasa yang terbit di jiwa apatah lagi bagi insan yang bergelar “perempuan”.

Lazimnya, kian lama usia perhubungan itu, kita secara sedar ataupun tidak, akan memperlihatkan siapa diri kita sebenarnya bersandarkan kepada karektor, cara bertindak terhadap sesuatu mahupun ketika berbicara dengan sidia. Bagi yang selalu memikirkan untuk menjaga perasaan sidia, pasti anda akan selalu berhati-hati dalam tindak tanduk anda namun ada juga yang tidak terfikir sebegitu.

Akibatnya, rasa kecewa dan terkilan yang hadir terus dipendam di hati sidia hinggalah tiba suatu ketika apabila berlaku perselisihan kecil, maka emosi kekecewaan akan menular dihati dan minda …dan faktor itu akan memburukkan lagi suasana perhubungan dan tidak mustahil ada di antara kita yang berpendapat perpisahan adalah jalan terbaik agar perasaan tidak terus disakiti dan hati tidak terus terguris.

Ini kerana, hadirnya cinta adalah untuk menambahkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam arena kehidupan bukan untuk memberikan penderitaan kepada jiwa dan perasaan. Jadi Lin harap sangat anda mampu untuk menjadi kekasih terbaik di kalangan yang terbaik. Sentiasalah jaga hati dan perasaan pasangan anda. Dan lakukanlah ia dengan rasa cinta dan hormat. Nescaya kasih sayang kita akan berkekalan...kita jumpa lagi ya…

Terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang terbaik dan jangan sekali-kali kita lupa dari mana asal usul kita.

Dengarkan Rancangan SURIA CINTA, setiap Ahad, (8 mlm – 12 tgh mlm) & Isnin – Jumaat (11 mlm – 2 pagi) di Suria Fm (105.3 di Lembah Kelang), (105.9 di Sabah) (96.0 di Ipoh) dan (96.1 di Kuantan), (88.5 di Melaka dan Utara Johor), (101.4 di Johor Bahru), (91.7 di Taiping), (106.9 di Perlis, Kedah & Penang) (107.0 di Seremban), (106.1 di Kota Bharu) dan (102.4 di Kuala Terengganu) . Kirimkan penyertaan anda kepada Lin ke alamat; Penerbit Suria Cinta, SuriaFM, Tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1 Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. Anda juga boleh fakskan ke 03-40439125. Sebarang penyertaan dan komen, emailkan ke [email protected] , atau klik Facebook “Lin Suria Cinta” di www.suriafm.com.my. Wassalam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain