suria

Erti 13 Buat Zurinah Hassan

TANGGAL 13 Oktober lalu adalah tarikh keramat bagi penulis dan penyair wanita tanah air, Datuk Dr Zurinah Hassan apabila dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-13.

Penerima pertama anugerah tertinggi sastera negara itu menggunakan nama pena Haniruz dan mula dikenali dengan sajak "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada 1974.

Penulis berusia 65 tahun ini mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi "Menghadap ke Pelabuhan/Facing The Harbour" pada 2010, terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004  Dan Anugerah Puisi Negara-negara Asean (Sunthorn Phu Poet Laureate) 2013.  

Beliau turut menerima Hadiah Sastera Perdana sejak 1971 hingga 2003.

Menerusi penganugerahan itu Zurinah menerima wang tunai sebanyak RM60,000, Warkah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskhah karyanya yang akan dibeli kerajaan untuk diedarkan ke sekolah,
perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah di sebalik angka 13 dalam hidup Zurinah, ikuti temubual mStar Online bersama tokoh wanita berjiwa kental ini.

Artikel Lain