suria

Masakan Timur & Barat di Kafe Kolonial

Nasi Ayam Hainan.

HOTEL Majestic menyajikan makanan istimewa mengikut peredaran masa. Terletak di Jalan Sultan Hishammuddin, hotel ini masih kekal dengan identiti kolonial era penjajah yang menjadikan ia satu mercu tanda istimewa di ibu kota, Kuala Lumpur. 

Ia telah digazetkan sebagai bagunan bersejarah di bawah Akta Antikuiti 1976. Hampir 30 tahun selepas itu Hotel Majestic dinamakan semula sebagai YTL Hotels pada Disember 2012. 

Kaki makan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki, diThe Colonial Cafe, The Bar and The Tea Lounge dan Contango Restaurant, untuk mencuba pelbagai hidangan istimewa di sini. Dekorasi dalaman hotel ini tidak kurang hebatnya, ia dihiasi perabot kulit dan rotan yang menyejukkan pandangan mata.

Pada setiap hari Isnin dan Rabu, restoran di hotel ini menyediakan set makan tengah hari yang istimewa, 'Hainanese Chicken Rice Ball'  
yang merupakan masakan popular yang terdapat di Melaka. 

Untuk menikmati hidangan makan tengah hari anda hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM100. 

Bagi mereka yang menggemari masakan barat pula pasti teruja dengan beberapa hidangan istimewa seperti, Traditional Beef Wellington, Pepper Crusted Roast Rack of Romney Marsh Lamb dan Roast Atlantic Codfish, Prime Rib of Angus Beef crusted with Rock Salt and Black Pepper.



Chef Kafe Colonial, Chew Hock Seng menyediakan hidangan istimewa, Avocado and Crab with Mango Salsa and Japanese Pickled Cucumber Miso Style Dressing sebagai menu pembuka selera ketika kami berkunjung ke sana. 

Honeycod Fish.


Hidangan kedua pula terdiri daripada, The Creamed White Asparagus and Escargot Ravioli dan ini diikuti dengan Pepper Crusted Roast Rack of Romney Marsh Lamb with Braised Savoy Cabbage Boulangere style Potatoes and a Light Rosemary Juice

Mereka yang gemarkan suasana kolonial boleh mencuba menu ala carte seperti Hainanese Chicken Chop (RM75), Hainanese Boiled Beef (RM130) and Chicken Rice Balls (RM55).

Menurut Pengurus Pehubungan Awam, Nigel Gan, kebanyakan menu masakan di restoran berkenaan merupakan resipi turun temurun daripada chef Hainan sejak era penjajah lagi. 

"Resipi ini diberikan oleh Puan Sri Kai Yong Yeoh dan beliau juga bertanggungjawab melatih tukang masak dalam membuat persediaan betul dalam hidangan ini.

Menu lain yang turut disediakan ialah, Baked Honey Glazed Cod Fish yang disimbahi dengan kuah karamel, ia dijual pada harga RM130. 

"Ini merupakan hidangan istimewa, dan popular di Kafe Kolonial," kata Gan.

Gan berkata untuk mendapatkan sos yang enak, adalah sangat penting untuk menyeimbangkan ramuan yang digunakan agar rasanya tidak hilang. 

Set makan tengah hari yang terdapat di restoran ini boleh didapati pada setiap hari.  

COLONIAL CAFE, The Majestic Hotel Kuala Lumpur, terletak di No.5 Jalan Sultan Hishammuddin, Kuala Lumpur. (Tel:03-27858000). Waktu operasi: 12 pm- 2.30pm, 6pm -10 pm. (dibuka setiap hari) 


Kafe Kolonial

Artikel Berikut

Artikel Lain