Kek lapis Sarawak turut dihidangkan pada Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014.
Pengurus Jualan dan Pemasaran Kampung Budaya Sarawak, Zaini Zainuddin, yang bercakap bagi pihak chef Sany Kalol dari Sarawak berkata menu yang disediakan terdiri daripada masakan tradisional Sarawak.
"Kebanyakan masakan diperbuat daripada ramuan asli dan herba seperti halia.
"Menu yang dihidangkan sepanjang festival ini juga agak jarang ditemui di Kuching," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kami mencuba masakan tradisi masyarakat Bidayuh, yang dikenali sebagai Daging Tepus Bidayuh.
"Daging ini dimasak dengan halia tua untuk mengekalkan rasanya," katanya.
Satu lagi hidangan yang dicadangkan ialah bubur pedas yang diperbuat daripada beberapa ramuan istimewa.
Sany berkata dia menggunakan bahan-bahan seperti daging lembu, sotong, ayam, sayur-sayuran seperti bawang, serai, cili kering bersama-sama dengan kelapa dan kunyit.
Dengan mencampurkan semua bahan-bahan ini menjadikan bubur pedas mempunyai rasa tersendiri dan merupakan hidangan yang digemari ramai.
Daging Tepus Bidayuh diperbuat daripada daging tanpa lemak, ringkas dan sedap.
Sayur Midin Belacan sesuai dimakan bersama dengan nasi kerana ia agak masin dan sedikit pedas.
Masakan lain yang turut dihidangkan sepanjang festival berkenaan ialah Manok Pansuh, Umai, Kek Lapis Sarawak, Linut, Mee Tomato dan Daging Kisar dan Murtabak Daging.
Semua masakan ini disediakan untuk bufet makan tengah hari dan makan malam, bermula pada harga RM60 dan RM79.
RESTORAN ZENDE, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Tel: 03-40494351. Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 1 petang, setiap hari.