Bagaimanapun, bagi penyampai berita Buletin Utama TV3, Azwaliza Azman, apa sahaja juadah boleh diubahsuai untuk menghasilkan hidangan mengikut citarasa tersendiri, seperti menu Ayam Padang ini.
Bahan-bahan:
AyamBawang Besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Cili Boh
Serbuk Kunyit
Santan
Garam
Lada Hitam
Daun Kunyit
Daun Limau
Bahan yang perlu dikisar:
Labu Bawang Besar
Bawang Putih
Serai
Caranya:
Tumis dua sudu cili boh bersama bahan yang dikisar. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Tambah satu sudu serbuk kunyit dan santan.
Letak garam secukup rasa & biarkan seketika sehingga ayam benar-benar masak dan sebati dengan bumbu. Masukkan daun kunyit dan daun limau. Siap dihidangkan.