Juadah berasaskan sayur-sayuran biasanya sesuatu yang mencabar buat sesetengah kaum ibu kerana ramai kanak-kanak yang tidak gemarkannya. Apa kata kita cuba resipi berikut untuk memikat hati si kecil di rumah pada Ramadan ini.
Cendawan Brokoli Masak Sos Tiram
Bahan:
1 tangkai brokoli
Cendawan ikut kegemaran masing-masing
1 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap
2 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit gula dan air secukupnyaCaranya:
Rebus brokoli bersama cendawan, saringkan. Untuk sos, tumiskan bawang putih, masukkan air, sos tiram dan kicap. Masak hingga mendidih. Perisakan. Seterusnya masukkan sayur direbus dan siap untuk dihidangkan.