Antara menu menarik berasaskan daun selom adalah kerabu yang tentu membuka selera terutama di bulan mulia ini. Cubalah resipi yang disediakan Rivestone Resort di Ulu Yam, Selangor yang enak ini.
Kerabu Daun Selom
Bahan:
1 ikat daun selom – dipotong satu inci panjang.
4 sudu kelapa parut (putih sahaja)
100 gm taugeh
1 ulas bawar besar – dimayang
5 biji cili api – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
1/2 kuntum bungan kantan – dimayang
1/3 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 biji limau nipis diperah – ambil airnya (kalau tidak suka masam
gunakan 1/2 biji sahaja. Begitu juga dengan gula, boleh tambah atau
kurangkan mengikut cita rasa sendiri.)
Caranya:
Daun selom, taugeh, bahan-bahan yang telah dimayang dimasukkan ke dalam
bekas, tambahkan kelapa parut, gula, garam dan air limau. Gaul rata dan hidangkan.