suria

Nasi Air
ADA ketikanya kita tidak ada selera, mungkin kerana faktor kesihatan. Kebiasaannya, bubur menjadi pengubat atau juadah yang masam menjadi pilihan.

Apa kata dihidangkan menu yang disediakan untuk berbuka nanti, tentu akan ada kelainannya.


Nasi Air

Bahan A (untuk 2-3 kali makan atau 2-3 orang sekali makan)
3/4 cawan beras - cuci dan toskan airnya
3 sm halia muda - hiris halus
2 biji bawang putih - hiris halus
1 helai daun pandan - siat-siat
1 ketul pati ayam Maggie
1 pokok sup - hiris halus
1 sudu teh lada putih - tumbuk
air secukupnya

Bahan B:
1 mangkuk kecil ayam carik - ayam goreng atau ayam rebus
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
hirisan daun sup dan daun bawang
bawang goreng

Cara:
Campuran kesemua  Bahan A dan didihkan di atas api kuat sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api sehingga bubur masak.Untuk menghidangkannya, bubuh di dalam mangkuk.Taburkan Bahan B dan siap untuk dinikmati.
Nasi Air

Artikel Sebelum

Artikel Lain