MASAKAN berkuah termasuk sup boleh membuka selera ramai . Bagi yang gemarkan labu air, hidangan ringas tanpa perlu menumis tentunya sesuatu yang sihat terutama di bulan mulia ini. Sup Labu Air Bahan-bahan: 1/2 biji labu air - kupas kulit dan potong ikut suka 1/2 batang lobak merah - kupas kulit dan kerat menjadi 10 keping 2 sm halia - diketuk sejemput ikan bilis/udang kering - bersihkan 2 ulas bawang putih - diketuk 3 biji bawang merah - diketuk 1 sudu teh lada putih - tumbuk 1 sudu makan perasa 700ml air Cara: Panaskan air dalam periuk dan didihkan bersama bawang putih, halia, ikan bilis, bawang merah dan lobak merah serta labu air. Biarkan mendidih. Masukkan lada putih dan perasa. Padamkan api dapur. Hidangkan hirisan daun sup.