Penggemar lala boleh mencuba kelazatan menu yang dipaparkan ini kerana ia ringkas dan cepat disediakan.
Lala Cili Bermadu
Bahan-Bahan:
1 kg lala
4 cili merah - dibuang biji dan dihiris memanjang
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 bawang besar - dipotong dadu
2 batang serai dititik
3 sm halia - dihiris
Sedikit madu
Air dan garam secukupnya
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak,kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili, halia,serai dan lobak merah serta kacau. Kemudian masukkan lala dan bawang besar, madu, air dan garam secukupnya.