suria

Bubur Cha Cha

Bubur Cha Cha

BUBUR Cha Cha Istimewa sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut atau pun makanan ketika bersantai dan sesuai bersama keluarga dan dimana juga.


Ia juga sesuai dimakan dalam semua keadaan sama ada dihidangkan ketika panas, suam atau sejuk. Malah ada yang meletakkannya didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Bubur Cha Cha

Bahan:
180 gm santan segar
200 gm keladi
200 gm ubi manis/ubi keledek
50 gm gula melaka
sehelai daun pandan yang disimpul
60 gm tepung cha cha
1/2 liter air
70 gm sagu


Cara:
Buang kulit ubi dan bersihkan. Potong keladi dan ubi keledek /ubi manis berbentuk dadu.Masukkan air, keladi dan ubi, biarkan hingga lembut.Tambahkan gula melaka,tepung cha cha dan biji sagu hingga masak serta daun pandan.
Masukkan santan segar dn tunggu hingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.
Bubur Cha Cha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ayam Goreng Masak Halia

Artikel Lain