Memandangkan negara dilanda cuaca panas dan kering, apa kata cuba resipi Ice Cream Banana Boat yang mudah dan sedap dimakan seisi keluarga.
Bahan-bahan:
1 biji pisang montel
3 skop ais krim
sedikit coklat
Bahan hiasan:
Foam cream/krim putar
2 helai daun pudina
gula manik
Cara membuat:
1. Belah pisang montel menjadi dua bahagian.
2. Susun dalam mangkuk khas berbentuk sampan.
3. Letakkan 3 skop ais krim di atasnya.
4. Hiaskan dengan daun pudina dan krim putar.