Bagi si ibu yang mahu memastikan anak-anak lebih bersemangat untuk menamatkan ibadah puasa seharian, apa kata disediakan spageti untuk mereka.
Spageti
Bahan:
1 bungkus spageti (direbus dengan minyak dan ditoskan)
1 tin sos spageti tradisional/cendawan
2 tin cendawan butang dalam tin/sepaket cendawan segar
sayuran campur
1 tin herba keju
bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - ditumbuk
daging/ayam cincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar lada hitam
1 biji tomato - dipotong dadu
1 susu minyak masak
garam, gula
Cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kisar,bawang besar dan bawang putih dan masukkan daging atau ayam cicang. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biar mendidih masukkan sos spageti, garam, gula, lada hitam. Seterusnya masukkan cendawan, sayuran campur dan keju. Perasakan sebelum dihidangkan.