IKAN masin memang dapat menaikkan selera makan, inikan pula jika dimasak bersama nenas yang rasanya masam-masam manis. Bagi yang mahu memastikan yang tersayang makan dengan berselera, apa lagi, cubalah resipi ringkat yang disediakan ini. Masak Lemak Ikan Masin Nenas Bahan: 300 gram ikan talang masin (ikan masin lain juga boleh) - dipotong nipis 200 gram nanas - potong dadu 1/2 kg santan - gunakan 600ml (400ml santan cair & 200ml santan pekat) 1 batang serai - dititik serbuk kunyit secukupnya garam / gula secukup rasa Bahan tumbuk / kisar: 10 biji cili padi 1 labu bawang besar Cara: Masukkan santan cair ke dalam periuk, campurkan serai, serbuk kunyit serta semua bahan tumbuk. Masukkan ikan masin dan kepingan nanas. Didihkan sehingga nanas layu. Tuangkan santan pekat, garam dan gula. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.