DENDENG berlada adalah masakan khas Sumatera Barat dibuat dari hirisan daging lembu yang nipis dan lebar yang digoreng kering. Bagi penggemar masakan minang, dendeng berlada pastinya bermain di fikiran untuk menu berbuka puasa anda. Anda boleh mencuba masakan ini yang rasanya sedikit pedas dan dagingnya rangup dimakan untuk menukar selera harian keluarga. Bahan-bahan: 1kg daging 10 tangkai cili merah 1 inci halia 5 biji bawang putih Sedikit ketumbar 2 ulas bawang besar 1 biji limau Garam Sedikit minyak masak Cara membuatnya: Rebus daging seketika. Kemudian, hiris nipis lalu tumbuk dan goreng sampai garing. Kisar cili merah, halia, bawang putih, ketumbar, bawang besar. Tumiskan bahan-bahan kisar dan perahkan asam limau. Masukkan cili kisar lalu tumis sampai naik bau. Setelah itu, perasakan dengan garam dan masukkan daging yang digoreng garing. Gaul sampai rata. Angkat dan hidang.