Sama ada waktu berbuka atau sahur, sesuai sekali jika masakan itu disediakan dalam bentuk kering, sekali gus membolehkan hidangan itu lebih tahan lama.
Jom kita cuba dengan resipi pelengkap hidangan anda sekeluarga ini.
Udang Masak Serai
Bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat dan masukkan pati santan serta udang. Masak hingga naik bau sebelum siap untuk dihidangkan.