ADA yang gemar makan tanpa digoreng dan ada pula lebik suka yang asli. Itu gambaran mudah untuk hidangan popiah yang biasanya menjadi pembuka selera di bulan mulia ini. Kombinasi bahan seperti sayur-sayuran, telur, tauhu dan ditambah dengan keenakan sos menjadikan ia sentiara laris dijual di bazar Ramadan walaupun perlu beratur panjang. Bagi yang ingin cuba membuat popiah sebagai juadah berbuka dihujung minggu, resipinya seperti berikut. Bahan: Kulit Popiah segera Bahan Inti (Basah) 1 biji Sengkuang diparut ( sederhana kecil)# 1 biji Lobak merah diparut # 7 utas kacang panjang di potong# 200gm taugeh# 100gm udang kering# 2 sudu gula pasir Sedikit garam Sedikit air Cara: Masak bahan inti basah sehingga mendidih dan ketepikan. Bahan Inti (Kering): 4 biji tauhu digoreng dan dihiris halus. Segenggam bawang goreng 200 gm Kacang tanah goreng ditumbuk 3 biji telur digoreng hancur ( masukkan sedikit garam sewaktu dipecahkan) Bahan Sos: 1⁄2 cawan cili kering yang dikisar 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih ditumbuk Air asam jawa (sebesar ibu jari kaki ) 1 sudu makan gula pasir Garam secukup rasa 1 biji kentang (di rebus) 3 sudu makan kismis Cara: Semua bahan sos dikisar.Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar bersama secawan air dan masak hingga pekat. Cara penyediaan popiah: Ambil sekeping kulit popiah, sapukan sos. Letakkan inti basah kemudian taburkan inti kering sebelum digulung. Sapukan sos sedikit diatas kulit popiah yang telah digulung dan popia basah siap untuk dihidangkan.