Ayam goreng juga ada yang pelbagai, malah rasanya juga ada sedikit berbeza, cuma kelazatan serta aromanya yang menjadi pembuka selera. Jom kita cuba sendiri resipi ini.
Ayam Goreng Berempah Abang Fen
Bahan:
Beberapa ketulan ayam
Bahan A (dikisar)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
1⁄2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1⁄2 sudu jintan manis
1⁄2 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
Garam dan perasa ( jika perlu)
Bahan B
Rempah daging (satu bungkus kecil)
2 biji cili kering di potong 2
1 tangkai daun kari
1 biji telur dipecahkan.
Cara:
Perap ayam dengan semua bahan A yg dikisar selama sejam. Selepas diperap satu jam masukkan bahan B dan gaulkan sekali hingga sebati.Panaskan minyak dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing. Setelah garing anda boleh hiaskan ayam tadi mengikut citarasa anda. Siap untuk dihidang.