suria

Puding Tembikai

Puding Tembikai
MELIHATNYA sahaja membuatkan hati tergoda untuk mencuba pudding tembikai ini.

Apatah lagi menjelang Ramadan, selera makin sukar dihalang kerana setiap kuih atau masakan mahu dibeli untuk juadah berbuka nanti.

Bagi yang makan 'berulang', apa kata sediakan sendiri puding ini untuk disimpan dalam peti sejuk.

Puding Tembikai

Bahan:
1 paket serbuk agar-agar 15mg
2 keping roti
6 cawan air
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cincau yang dipotong kecil
Pewarna merah dan hijau

Cara:
Dalam periuk, rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Kemudian masukkan gula. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu. Kacau hingga sekata. Ambil sedikit adunan agar-agar ini dan kisar dengan roti hingga sekata. Kemudian tuang semula ke dalam periuk.
Dalam bekas lain, ambil sedikit adunan dan masukkan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Masukkan ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit. Seterusnya, masukkan adunan tanpa pewarna ke dalam loyang dan biarkan beku sedikit.
Kemudian, masukkan adunan merah dan taburkan cincau untuk dibuat biji tembikai. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurangnya selama 1 jam sebelum dihidang.
Puding Tembikai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain