Namun apabila teringin terutamanya pada bulan Ramadan, segalanya akan menjadi mudah.
Untuk memudahkan penyediaan hidangan makanan laut itu, apa kata cuba resipi ketam ala Thai yang pastinya menyelerakan ini.Bahan-bahan:
Ketam
1 Batang Serai
Daun limau purut 10 keping
Daun Ketumbar
Cili api
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Asam Keping
Serbuk Kari - 2 Sudu
Cili Giling 3 - Sudu
Pes Cili Thai 2 - Sudu
GulaGaram
Cara membuatnya:
Bersihkan ketam dan rebus dulu.
Air rebusan ketam jangan dibuang untuk kegunaan sebagai kuah.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan kari sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan pes cili thai.
Apabila pecah minyak masukkan air rebusan ketam tadi.
Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.
Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
Apabila sudah mendidih, tutup api dan periuk, biar bau dan rasa masakan tadi bersatu.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.