Walaupun pelbagai resipi barat memenuhi bufet Ramadan, hidangan Melayu tetap tidak dilupakan seperti bubur pulut hitam yang mempunyai peminat tersendiri.
Bubur Pulut Hitam
Bahan:
2 cawan beras pulut pulut - cuci bersih dan toskan airnya
1.2 liter air
2 cawan gula Melaka yang telah dihancurkan / parut - boleh kurangkan jika tidak mahu manis
1 helai daun pandan - siat dan simpul
4 cawan santan pekat & sedikit garam
Cara:
Masukkan beras pulut bersama 1 liter air dan daun pandan ke dalam slow cooker. Kalau tak mahu guna slow cooker, gunalah periuk masak biasa. Biarkan hingga kembang atau pecah beras.Masukkan jagung krim dan gula Melaka.Sementara menanti bubur masak dan sebati, bolehlah sediakan kuah santan. Masak santan pekat bersama sedikit garam di atas api perlahan. Kacau sepanjang waktu supaya tidak pecah santan atau berkepala. Hidangkan Bubur Pulut Hitam dan tuangkan santan di atasnya.