Promosi itu berharga RM89 untuk dewasa manakala RM44.50 untuk kanak-kanak.
Menariknya mengenai promosi tersebut, anda juga berpeluang berbuka sambil beramal pada bulan yang mulia ini.
Setiap RM2 yang akan belanjakan untuk berbuka puasa di sini akan didermakan kepada golongan kurang bernasib baik di Rumah Anak-Anak Yatim As-Sakinah di Papar, Sabah.
Selain itu, hotel tersebut turut membuka empat bazar di luar hotel untuk anda rasai suasana seperti membeli juadah di bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai hidangan menyelerakan.
Antara hidangan signature hotel tersebut yang tidak harus dilepaskan adalah Nasi Beriyani, Nasi Goreng Kampung, Kari Kambing, Rendang Tok, Nangka Masak Lemak Ikan Masin, Udang Mentega, Tempe Sambal Petai dan Gado-Gado.
Oleh kerana Sabah yang terkenal dengan makanan laut yang segar, hotel tersebut turut menyediakan pelbagai jenis makanan laut untuk dinikmati pelanggan.
Pasti tidak lengkap menu berbuka puasa anda tanpa pencuci mulut.
Di hotel ini, anda boleh menikmati pelbagai pilihan kuih tradisional seperti kuih wajid, kuih puteri mandi, pulut panggang, kuih koci dan kuih bingka jagung.
Hidangan tersebut mula disediakan bermula pukul 6 petang sehingga 10 malam.Untuk sebarang maklumat dan tempahan sila hubungi 088-528 888 (Ext 6611) atau layari www.minggardenhotel.com.