Mungkin kanak-kanak akan menggemarinya walaupun sebenarnya ramai yang tidak sukakan sayur-sayuran.
Pasta Sayur
Bahan:
250 gram pasta fettucini
150 gram kacang campuran
Putik jagung - dihiris
Kacang peas - dihiris
lobak merah - dihiris
2 sm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
minyak masak
garam dan gula
Bahan perasa:
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos soya cair
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar oregano
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
300 mg air
Cara:
Rendam pasta dalam air 15 minit. Toskan dan rebus bersama garam dan 1/2 sudu minyak masak hingga lembut. Angkat dan bilas, tos dan tepikan. Panaskan minyak dan goreng halia hingga naik bau, masukkan sayuran dan perasa. Kuah yang dimasak dengan mencampurkan semua bahan perasa tadi siap dituang atas pasta dan gaul sebati.