Hidangan yang dimasak menggunakan susu cair ini mampu menarik selera anda seisi keluarga selepas penat berpuasa seharian.
Bahan-bahan
250 gram udang
15 gram cili padi
20 gram daun kari
4 sudu mentega
2 sudu serbuk kari
Sepotong labu dilenyek
Sedikit susu cair
Sedikit garam
Cara membuatnya:
Panaskan mentega, masukkan daun kari dan cili api.
Kemudian, masukkan labu serta serbuk kari.
Masukkan udang diikuti garam.
Akhir sekali masukkan susu cair.
Tunggu sehingga udang masak, siap untuk dihidangkan.