Umum mengetahui, yogurt mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, malah yogurt tawar lebih rendah kalorinya.
Lebih menyelerakan apabila paha ayam yang dicampur dengan yogurt itu diperap semalam.
3 batang serai
5 cm lengkuas
1 cawan yogurt tanpa perisa
Gula dan garam
1 labu bawang besar
Bahan B:
6 ketul paha ayam
Cara membuatnya:
Satukan semua bahan kisar dan kisar lumat. Perapkan dengan ayam semalaman.
Keesokannya letakkan di atas kuali tahan lekat. Balik-balikkan dan biarkan isi ayam kelihatan separuh masak. Proses ini memakan masa hanya 5 minit.
Kemudian satukan semua dengan bahan perap dan bakar sehingga garing. Warna ayam agak pucat sebab tiada penggunaan cili.