suria

Ayam Masak Sate Selabak

Ayam Masak Sate Selabak
SELABAK adalah nama satu kawasan di Teluk Intan yang rata-rata didiami masyarakat berketurunan banjar dan jawa.

Resipi yang disediakan kali ini khusus untuk pembaca mStar Ramadan yang mahu mencuba hidangan yang menampilkan ciri-ciri warisan masyarakat negara ini.


Ayam Masak Sate Selabak

Bahan:
1 ekor ayam di potong 20 bahagian
1/2 kilo kacang tanah
5 batang serai
10 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
200gm cili kering
5 sudu makan kerisik
1⁄2 cawan minyak untuk menumis
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 cawan santan pekat
2 cawan air
Sedikit air asam jawa
Garam dan Gula secukup rasa

Cara:

Halia, lengkuas dan serai di parut halus. Cili kering di mesin dengan bawang putih dan bawang merah. Kacang tanah digoreng garing dan ditumbuk agak kasar.Tumiskan bahan-bahan yang diparut dan dimesin tadi. Masukkan juga kayu manis dan bunga lawang. Masukkan ayam dan air, biarkan ayam masak, tambahkan garam, gula dan air asam jawa. Masukkan kerisik dan kacang tanah, dan santan, biarkan mendidih seketika dan angkat.

Ayam Masak Sate Selabak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan