Disediakan Hamidah Asruddin dari Riverstone Eco Resort, menu ini unik kerana menggunakan kulit lembu sebagai bahan asas, sekali gus membei sentuhan eksotik pada masakan itu. Pasti tetamu teruja jika ada yang menyediakan juadah ini.
Lulang Sambel Taun Wak Amat
Bahan:
1 kg lulang @ kulit lembu yang dibersihkan
8 sudu tauchu
20 tangkai cili api
4 batang serai
2 inci halia muda
4 inci lengkuas muda
200gm ikan bilis
1 cawan santan pekat
8 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 keping asam gelugur
Gula
3 sudu minyak masak
Cara :
Bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas dimayang halus. Serai dititik. Basuh bersih lulang. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dimayang tadi. Masukkan lulang, taucu, serai, ikan bilis dan asam gelulur. Tambahkan gula, tak perlu tambahkan garam kerana taucu memang sudah masin. Biarkan mendidih dan tambahkan santan.