Bagi yang sukakan udang, kita gabungkan hidangan mudah menggunakan bijirin, suatu kelainan dalam menyediakan juadah.
Udang Harimau Goreng Nestum
Bahan:
1/2 kg udang harimau
8 sudu majerin
minyak masak
2 cili padi dihiris
2 helai daun pandan
1 cawan nestum
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
Cara:
Bersihkan udang dan toskan. Panaskan minyak kemudian goreng udang dengan kulit hingga kekuningan dan ketepikan. Cairkan majerin dalam periuk kemudian masukkan daun pandan bersama cili padi dan kiub ayam, garam dan gula. Bila sebati masukkan nestum dan udang dan kacau sebentar sebelum siap dihidangkan.