KUIH tradisional digemari semua golongan hingga ke hari ini, seperti Seri Muka @ Kuih Pulut Kaya dan pelbagai nama lagi diberi kerana keenakannya serta aroma harumannya menaikkan selera.
Cukup berbaloi dijadikan juadah berbuka puasa.
Bahan A untuk pulut
450 gram beras pulut di rendam sehingga kembang
Setelah pulut pulut kembang toskan.
400 ml santan cair dan 1 sudu teh garam halus.
Cara:
Campurkan santan cair dan garam, kemudian masukkan pulut dan kukus hingga pulut masak.
Bahan B untuk kepala
400ml santan pekat
200ml air pandan
6 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung ubi kayu
250 gram gula
3 biji telur ayam
1 sudu teh perwarna hijau epal
Cara:
Mesin semua bahan di atas. Pulut yang sudah di masak tadi perlu di padatkan serta masukkan bahan yang telah dimesin tadi. Kukus selama 30 minit, setelah sejuk siap untuk dihidang.