Dihiasi dekorasi yang berkonsepkan mamak konvensional, Teh Tarik Place adalah lokasi yang tepat bagi mereka yang inginkan suasana bazar Ramadan yang tenang tanpa perlu bersesak-sesak.
Selain itu, Teh Tarik Place menyediakan menu istimewa iaitu Nasi Hujan Panas untuk dinikmati pengunjung.
Nasi tersebut dimasak bersama minyak sapi dan herba itu, enak dimakan bersama tender Ayam Masak Merah atau kari daging dan acar.
Terdapat juga hidangan klasik seperti Murtabak, Nasi Lemak Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu dan sajian pilihan ramai di restoran itu iaitu Nasi Ambeng, Nasi Goreng Ayam TTP, Mi Goreng Mamak dan Mi Rebus.
Setiap hidangan disajikan bersama kurma dan semangkuk bubur.
Untuk anda yang ingin berbuka puasa di Teh Tarik Place, sila layari laman web, http://www.tehtarikplace.my atau Facebook: https://www.facebook.com/tehtarikplace untuk tempahan dan maklumat lanjut.
Sepanjang Ramadan ini, dua cawangan Teh Tarik Place di Ayer@7, Putrajaya dan Pusat Membeli-belah Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi akan beroperasi dari pukul 4.30 petang hingga 5.30 pagi manakala sembilan lagi beroperasi seperti biasa dari 5 petang hingga 8 malam.