MAKANAN berasaskan ubi kayu ini sesuatu yang unik. Ia juga mudah disediakan, sesuai untuk berbuka puasa terutama bagi yang bekerja. Penyediaannya bermula dengan ubi kayu disagat dan dikeringkan sebelum dijadikan tepung. Berikut adalah resipi warisan yang disediakan Rivestone Eco Resort. Tiwol Kang Abu Bahan: 1 mangkuk tepung tiwol 1/4 cawan air suam 4 sudu gula 1/2 biji sudu kelapa parut – putih sahaja Sedikit garam Cara: Bancuh tepung tiwol bersama gula dan sedikit garam sehingga agak basah kemudian dikukus. Gaulkan dengan kelapa sebelum dihidangkan.